Wednesday, December 31, 2008

tahniah....

salam....nampak macam blog ni dah lama takdak update...sunyi je...tak best la camni...

neway...di kesempatan yang ada ni nak wish salam awal muharram kepada semua...

tak lupa nak ucapkan tahniah pada anak cikdin,mizan sebab score 9A dalam PMR dia...bangga cek...sebb dapat arab A tu...kak nomizah dulu 8 subjek ja... tuk amirul pun...congrats...bleh cuba lagi

Tuesday, December 16, 2008

lanjutan dari post cikdin

salam...

tentatif program macam yang pakcik cakap tu...
yang ikut g amik stakat ni insyaAllah nor ngan ji,wan ngan adik2,plus long yah ngan family cikdin akan g amik abah n mak kat airport...
paksu n family lak akan stay kat umah untuk tolong masak...
kemungkinan kami akan bertolak awal2 pagi...takut jem...tapi tu nanti discuss ngan pakcik dulu la camner...

yang len...kalau nak tggu kat umah pun bleh....

ni berita pukul 11 pagi tadi: abah mak baru lepas call td...alhamdulillah sihat cuma batuk2 skit...dah confirm insyaAllah penerbangan maintain hari dan waktu yang sama...

itu saje dari nomizah

Ahlan Wasahlan Pak Tih & Mak Tih

InsyaAllah Haji Pak Tih & Hajjah Mak Tih akan kembali dari menunaikan haji seperti berikut:

Tarikh : 18 Disember 2008
Hari : Khamis
Masa : 6.45 pagi
Tempat : Lapangan Terbang Bayan Lepas

Sama-samalah kita berdoa agar mereka selamat tiba ke kampung halaman seperti dijadualkan.

InsyaAllah, CikDin akan pergi jemput PakTih di Penang... Nomizah, macamana program hari tersebut... tolong advise sikit.

Friday, December 5, 2008

Selamat Hari Raya 'Aidil Adha

Selamat Hari Raya 'Aidil Adha 1429H untuk semua ahli keluarga Yohanib & Saidin.

Dan..

1. Selamat berpuasa sunat pada Hari 'Arafah yang jatuh pada hari Ahad, 9 Zulhijjah 1429H (bersamaan 7 Disember 2008)
2. Perbanyakkan istighfar, berdoa dan berzikir (doa apa-apa sahaja dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh) bermula dari waktu Zohor hingga Asar pada Hari 'Arafah - antara waktu yang paling mustajab doa. (Malaikat akan turun dan mengamin serta mengangkat doa orang mukmin dan Allah akan makbulkan doa-doa tersebut... lagi mustajab kalau kita berdoa di kawasan terbuka di Padang Arafah itu sendiri, insyaAllah)
2. Selamat melaksanakan ibadah Qurban
3. Perbanyakkan bertakbir pada Hari Raya dan Hari-hari Tasyrik

Ya Allah... ampunkanlah segala dosa kami dan dosa kedua ibu-bapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sejak dari kecil lagi.... Amin Ya Rabbal 'Alamin!

Wednesday, December 3, 2008

Sapa Anakcucu yg IQ tinggi?

.1.Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
~Penguin


2.Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
~PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.

3.Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
~STOKIN BASAH

4.Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
~Telur

5.Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
~Kuih Donut

6.Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
~

7.Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
~

8.Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?JLN GOSTAN
~

9.Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
~TANYA ADI

10.Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?
~Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat

11.Kenapa mayat dibungkus kain putih?
~

12.Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?
~Ayam jadi banyaklah bilangannya.

13.Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?
~

14.Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
~.

15.Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
~

16.Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?
~Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan

17.Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?
~Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.

18.Apakah yang berada diantara langit dan bumi.
~Dan

19.Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?
~

20.Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa
~
Buang tebiat nak mati kuttt...

Tuesday, December 2, 2008

PETUA TAHAN LAMA

KELAPA PARUTUntuk lebih tahan lama selama 2 tahun.Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.Gunakan sebelah pada 31 December 2008. Dan sebelah lagipada 1 January 2009. Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUKBiar tahan lebih lama,Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMASKalau untuk lebih 'tahan lama',Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...

PAKAIAN.Nak tahan lamaJangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach.Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.Jangan bawa mandi kat beach.Gantung bila disimpan.Cuci guna air jeram/hujan.Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.Kalau nak tahan lagi lama

PINJAMLAH BAJU MEMBER...BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETANak tahan lama.Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk.jangan bagi abuk masuk.. jangan bagi wap air masuk.bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANGKalau nak tahan lama,Sebelum makan - baca bismillallah dan doaAkhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..

UMURUmur nak tahan lama?Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah danjangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapibazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).

ROKOKRokok nak tahan lama?Jangan hisapplah... ...!!!!, letak atas meja dan pandang saja.P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang....sendiri mau ingathahaaa....

TIDURNak tahan lama tak tidur malamRajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGANBertahan lama dalam persahabatan/ hubungan,Jujur dan ikhlas je!!!!

Last word:SELAMAT BERTAHAN LAMA............... ....sentiasa terbuka dan rasional.


(bukan mustang yg post tau..tak percaya kee)

Tuesday, November 25, 2008

GANU 03/09


Nmpk gaya majoriti nak ke GANU utk familitrip...jadi harap semua bersetuju.

Jadi..kami-kami yg melantik diri sendiri utk mengerakkan acara ni iaitu Pkcik din,nor mizah,adi,izan & rozi.


juga yg lain harap sumbang idea/pendapat jika ada.


Agenda yg perlu difikirkan-

1.Tarikh pergi/balik

2.Bas/kereta

3.penginapan

4.Tempat nak pi.

5.Berapa ramai nak pi

6.Budget

7.apa2 ajer.
Setakat ni CikDin, Rozi dan Adi dah confirm untuk datang meeting esok 26/11/08 jam 9.00 malam di Gerai Satay Hj Samuri, Medan Tuanku, KL. Nomizah dan yang lain-lain amacam, boleh datang tak?

Tuesday, November 18, 2008

Meeting&Makan 20.11.08


Assalamualaikum,sy penyimpan mohor besar ingin memgumumkan:


Pakcikdin cadang nak buat MEETING HARI KELUARGA pd 20.11.08 malam di rmh kak na USJ1.


Sesapa boleh confirm dtg or bersetuju,harap beri maklumbalas.


yg benar,

rozi(..saya tkdpt dtg,ada hal dah set.)

Tuesday, November 11, 2008

Iklan jap...


ni gmbr wani&wafa sama cikgu cooking.Depa gi belajar buat cokelatchip &peanut butter ari ahad lepas di THE COOKINGHOUSE dkt srihartamas.abis kelas....dpt la rasa cokelatchip tu....jadi wafa ckp..sesape nak oder biskut,dialu-alukan..bentuk2 cokelatchip ada mcm2 antaranye bentuk lelabi,rabbit dgn subang keling.....bentuk2 katun madagascar masih dlm R&D..akan diberitau kelak.
-babah waniwafaler.

Al-Fatihah.

Utk makluman,ayah makcik has telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis/malam Jumaat 7.11.08 seperti dimaklumkan oleh Pak cik din.Semoga Allah merahmati allahyarham.Takziah pada keluarga mak cik has & pk cik.

"Dialah yang menciptakan kamu dari tanah,sesudah itu ditentukan ajal(kematianmu) dan suatu ajal lagi yang tertentu disisinya(tentang berbangkit)...."Al-An'am ayat 2.

-rozilersaperlagie

Monday, November 10, 2008

salam dari madinah.....

salam...wah2 mmg nostalgia abis...tapi tak aci la...tu gambaq old generation ja...gambaq ku di tangga umah tokwan takda ka???

sori dah lama tak updates...tapi semalam abah mak ada call, diaorang semua kimsalam dari madinah...pakteh makteh alhamdulillah sihat...masa call semalam diorang bari pukul 930 pagi(jam Malaysia pukul 230 petang lebih kurang)...pakteh baru nak bawak makteh makan nasi beriani:)

arini insyaAllah(10/11/08) makteh pakteh akan bertolak ke mekah....

sama2 doakan....

~~~noor the cumelss~~:)

Thursday, November 6, 2008

OLD MEMORY...


belek2 masa balik kampung..jumpa laa gmbr nie...rasa yg best kot..coz ada semua gmbr pak/makmenakan dan arwah tul&tokwan...hampa kenai tak yg pakai seluar pendek tu?tu laa peminat setia vic morrow..ha3.


taktau la tahun bile gmbar no diambik,abah yg shot rasanya...rasanya 1977..pasai nmpk cam umur sy 4thn...


tu tangga ijau syok oooo..bole buat gelongsoq..ha3....
-rozilersaperlagie...

Monday, November 3, 2008

VOTE FOR....







Setakat Post ni ,cadangan diterima utk tempat FAMILY DAY iaitu-

A.KELANTAN(Kota Bahru-bkn Gua musang..utk mengelak org tu blik rumah mentuanya..sape ntah?he3..)
i)mustang
ii)paklong
iii)maklong
iv)fizie
v) noor

B. LANGKAWI-(breakfast percuma disedikan oleh kak iza..sape suruh ajak..).
i) noor (best gak ni)
ii)

C)TERENGGANU
i)amna(zuria)
ii)mak ndak & kompeni.

D)Ikut majoriti
i)izan
ii)

Tarikh...sila BLOCK cuti masing2 bulan 3/2009.

list disediakan oleh ketua pembangkang-mustang.

Cinta Madinah...


Alhamdulillah... Pak Tih & Mak Tih telah selamat sampai di Madinah al-Munawwarah. Pak Tih telefon Cik Din pukul 11.44 malam tadi dari Madinah... dia kirim salam pada semua.


Selamat datang kepada "apih_makndak" dan juga "amna"... apih tu Cik Din kenai la, tapi amna ni anak penakan yang mana satu ni, pandai menyamar nooo.... Cik Din ada 29 orang anak semuanya (24 anak penakan + 5 anak sendiri)... so, boleh bagi clue sikit ka? Tolong bagi e-mail address juge ye...

Thursday, October 30, 2008

Hari Keluarga Yohanib & Saidin

Lepas kenduri Pak Lang hari tu, Pak Tih kata dia dah lama teringin nak adakan program Hari Keluarga kita... konsep Hari Keluarga yang dicadangkan Pak Tih ialah kita sewa bas persiaran dan pergi melancong (3 hari 2 malam ke) ke mana-mana destinasi menarik, contohnya Kelantan, dan kita buat aktiviti-aktiviti seperti sukaneka, lawatan ke tempat-tempat menarik, riadhah, tazkirah, shopping ke, dan lain-lain aktiviti di tempat tersebut.... Bayaran berpatutan dikenakan (melainkan ada sapa-sapa nak sponsor) dan souvenir akan diberi kepada setiap peserta. Program ini dicadangkan dibuat dalam bulan 3 tahun depan... Cik Din rasa memang best program tu nanti...


Biasalah... disebabkan Pak Tih lebih senior, maka dia lantik Cik Din untuk organise program ni... Dan biasalah... disebabkan Cik Din lebih senior dari anak-anak penakan semua, maka Cik Din lantik Rozi, Noor dan Adi untuk sama-sama rancang dan buat program ni... Yang lain-lain jangan risau, semuanya akan dilantik jadi AJK tak lama lagi....


Amacam, setuju ke konsep program ni? Selain Kelantan, ada cadangan tempat-tempat lain? Sila respon/komen.......

Wanted by Bukit Aman

Pihak polis sdg mencari 3 abdul ni..kerana dipercayai telah memotong valentino rossi pd lap terakhir pd motogp disepang baru2 nie..sesapa mempunyai maklumat 3 abdul ni sila hubungi bali kepala bukit.

selamat pengantin baru kt kak nor.......
(sory terlambat wish...hahaha)

dari seorg guru,,,,(anak pak tam)

la nie zaman dh berubah....dunia dh maju...heheh...bez r da blog cm nie.....leh kukuh silaturahim...tahniah kt p.cik din....kmi sntiasa menyokong...

Wednesday, October 29, 2008

Jom pi Bayan Lepaih

Program untuk hantar Pak Tih & Mak Tih ke Kompleks Haji/Lpgn Terbang Bayan Lepaih:

Hari: Sabtu
Tarikh: 1 November 2008
Tempat: Rumah Pak Tih di Kampong Boyan, Tepen

7.00 p.m. - Solat Maghrib berjemaah (Imam: Pak Tih)
7.30 p.m. - Makan malam berjemaah (tanpa imam)
8.15 p.m. - Solat Isya' berjemaah (Imam: Pak Tih)
9.00 p.m. - Sesi bersembang
9.30 p.m. - Doa selamat dan Azan
9.45 p.m. - Rombongan mula bergerak menuju Bayan Lepaih

Hari: Ahad
Tarikh: 2 November 2008
Tempat: Kompleks Haji/Lapangan Terbang Bayan Lepaih

12.00 a.m. - Rombongan tiba di Bayan Lepaih
12.30 a.m. - Pak Tih & Mak Tih menginap di Asrama Kompleks Haji

- Ahli rombongan bersembang sampai mengantuk & tidur di khemah yang disediakan (Kalau nak balik Batu 9 pun tak pa)

5.45 a.m. - Solat Subuh di Masjid Kompleks Haji
7.00 a.m. - Pak Tih & Mak Tih mendaftar masuk di Kompleks Haji

(Ahli rombongan boleh la pergi mandi di Batu Feringghi, makan nasi kandar @ balik)

11.00 a.m. - Penerbangan KT11 berlepas ke Makkah...Labbaik allahumma labbaik....

Semua ahli keluarga adalah dijemput datang makan malam bersama-sama di rumah Pak Tih. Sesiapa nak ikut serta menghantar Pak Tih & Mak Tih amatlah dialu-alukan...

Kepada yang tak dapat bersama tapi berhajat nak menghulur sumbangan ikhlas kepada Pak Tih & Mak Tih boleh la kirim kat Cik Din... Yang terpenting, doakan agar mereka berdua selamat dan dianugerahi Haji yang mabrur...

Tuesday, October 28, 2008

26hb Okt 2008... Selamat Pengantin Baru

26hb Okt 2008...

Alhamdulillah, Pak Lang telah selamat diijab-kabulkan dengan wanita pilihan beliau iaitu Puan Halimahton Saadiah bt. Khalid (rasa-rasanya betul ejaan ni) di Batu 9, Trong. Beliau adalah juga merupakan cucu penakan Tok Ani.

Selamat Pengantin Baru... semoga berbahagia dan diredhai Allah....

Friday, October 24, 2008

Siapa dia "Ipoh Mali"???.....

Asaalamualaikum,

Ada pembetulan sikit. Dalam komen sebelum ni Cik Din kata "Ipoh Mali" tu Mak Cik & The Kids.... yang sebenarnya, depa tak pernahpun post sebarang komen dalam blog kita ni... Cik Din agak-agak je....Maaf kepada Cik Has & the kids...!!!

So, siapa dia "Ipoh Mali" ni??? Misteri.....

Thursday, October 23, 2008

Gadis Hindustani...


Inilah dia gadis Hindustani yang Cik Din cakap tu... Ada macam Kajol tak? Ada banyak lagi posing dan gambaq dia... Masa ni hero belum keluaq lagi....

Dengaq cerita Shah Rukh Khan dah confirm nak ambik dia berlakon dalam filem terbarunya yang berjudul "Kuch Kuch Dato' Hai"... lokasi shooting ialah di Melaka. Musti box-office filem ni.....

Wednesday, October 22, 2008

Update Sedare2 Info

latest Update on 2.11.08

1.pkcik din...
email- amincdin@yahoo.com, amincdin@tm.net.my, aminuddin@klrtconsult.com.my
blog- yohanibsaidin.blogspot.com
istana- ipoh & sebuah kampung yang baru di KL..
keroje-klrt consult sdn bhd (anak Syarikat Prasarana Negara Berhad), KL

2.adi
email- ashm_di18@yahoo.com

-ashmadi@chemokhtarling.com
blog-
istana-cheras
keroje-kl

3.nomi3(nor pkteh@pengantin lagi..)
email- tazmanian_gal84@yahoo.com
istana-kg malaysia tambahan,sg besi
keroje-clinical pharmacist di hkl nun

4.mustang(rozi)
email- mdrz22@yahoo.com
blog-kedaibt9.blogspot
dangau je-ampang
keroje-JkWDesignworks,dmsara height

5.tulip79(kakcik pklang)
email- asz_tln@yahoo.com

blog-
istana-klang
keroje-klang

6.cucu tuk yani yg paling TUA(kakna)
email-
blog-
istana-USJ1,subangjaya
keroje-kl

7.Aloq star mai-kak iza

email-
blog-
istana-alor setar
keroje-alor setar

8.ferrari enzo-makcik has&ank2
email-
blog-
istana-share dgn pkcik din-ipoh
keroje-Queen pkcik din ler.

9.zuria @ amna
mailto:email-aszuria@yahoo.com
blog-
istana-bercham
keroje-ipoh

10.ckino(nor pklang)
email-akinichi@yahoo.com
blog-
istana-ipoh
keroje -ipoh

11.ita adi
email-mash1274@yahoo.com
blog-
istana-cheras
keroje-adi Queen.

12.khairul pktam
email-cepat taruh sini..kang kena hukum.
istana-dok mana?
keroje-training cikgu kaa?

13.apih makndak
email- apit_kijang@yahoo.com.my
blog-
istana-UTM KL
keroje-belek buku ambik exam

14.mak ndak

email- dinha.ndak@gmail.com




Tuesday, October 21, 2008

Kepala Bukit atau Chengal Jantan pada 26hb Okt???something interesting...:)

26 oct 2008???

tarikh keramat apa ni???ihihihihi...jeng jeng jeng...


congrats tuk sesape yang involved



by: noor

Nak tukaq nama blog ke?

Ini ada beberapa komen yang menarik untuk kita sama-sama pertimbangkan:

1. Nama blog ditukar kepada "Kedai Bt.9" atau seumpama dgnnya... nama "Kedai Bt.9" memang best, tapi kalau ada cadangan lain, sokongan atau bangkangan, dipersilakan! Rozi, ok ke sebab tu nama asal blog Rozi sebenarnya... Tolong respon, pencadang nama blog yang terpilih akan diberi hadiah menarik iaitu, jeng jeng jeng....

2. Untuk kumpul dana....memang bagus sangat untuk tujuan sedekah jariah, bantu orang miskin, bantu ahli keluarga yang nak sambung pelajaran (fisabilillah), anjur program bermanfaat utk semua spt. ceramah agama, dll...kita kena bincang lagi utk pastikan ia berjaya...

3. Semua yang terlibat dalam blog ini akan secara otomatiknya jadi AJK untuk projek-projek yang bakal kita buat nanti... Sesapa yang ada kat Kepala Bukit atau Chengal Jantan pada 26hb Okt nanti bolehlah kita bincang dgn lebih detail...

Oh ya...Dijemput "Tulip79" dan juga orang yang ucap "congrat to Contract manager & Mustang..." tolong perkenalkan diri...maaf tak cam nama tu...

PakCik Din

Monday, October 20, 2008

PAS....


PASti kan lePAS ni...blog ni meriah ler sikit dgn agenda/aktiviti or apa shj.

Saya kena ler ambik SUARA sebulat dari pkcikdin..walau tak reti sangat.


Saya ingat nak le buat SALASIAH keluarga sebagai permulaan...insyaAllah,jika balik hujung minggu ni,dapat kumpul maklumat...sesapa ada gmbar2 antik klasik tu..boleh le bawa..nanti kita scan ke..photoshop ke...orignal akan dipulangkan.


Ooo..saya dgn sekotak suara,ingatlaa...adi jd wakil keluarga pklang...nor utk pak teh..mak ndak..pkcik din..pktam..mksu...kena volunteer kot..tak bole la ni..akn dtg..insyaAllah boleh kot.Jadi ada apa2 boleh le bgtau para wakil ni.utk dimaklumkan pd yg lain.


Ooo..1lagi..YB Adi ada cadangkan fund..amacam..bagus juga...bole gak buat amal jariah disedekah pd arwah2 keluarga disamping mengeratkan silaturrahim.Monthly collection ke?

by rozi

Saturday, October 18, 2008

lepas saie buat aper?



Nie gambar lepas Saie...sy ckp nak ambik gambar depa..apalagi berposing sakan le yg pegang pisau cukur tu....sekadar bagi semangat,meh himpun2 duit pi sana.

by mustang..rozi ler(tkg ambik gmbr belum botak lagi masa ni)

Friday, October 17, 2008

Assalamualaikum anak-anak penakan sekelian,

Alhamdulillah... memang teruja bila tengok blog ni dah mula dapat feedback. Yang sebenarnya... Pak Cik pun bukannya reti buat blog ni... baru nak try je. (Macam cerita P.Ramlee..."aku pun bomoh temberang jugak...") Tapi takpe, kita sama-sama try... so far so good. Baguih sapa yang buboh Asma ul-husna tu, kalau boleh keluar suara lagi baik...

Nama blog Rozi tu pun sodap bunyi nye... "Kedai Batu9", memang banyak nostalgianya... nanti kita cerita tentang kenangan2 di situ... Sapa yang nak mula cerita, dipersilakan.... Untuk makluman ayah Tok Yohanib atau dipanggil "Tok Cher" (disebut "chair") bernama Hj. Abdul Rahman dan nama mak Tok (atau Tok Nek) ialah Hajjah Jidah.....

Rozi... macam mana hang post guna nama "mustang" tu? Tolong ajar supaya semua orang buat posting guna nama sendiri instead of nama Pak Cik.... takut confuse pulak kalau semua guna nama sama...

Noor... good effort... masukkan lagi gambar dan info untuk tatapan semua...

Anak-anak sekelian le yang kena aktifkan blog ni...maklumlah Pak Cik dah tua, hehehe.... Dengan ini dengan sebulat suaranya Pak Cik melantik Rozi dan Noor sebagai bloggers bersama untuk blog ini.....

tambahan maklumat...

penerbangan makteh & pakteh...

masa check in: 7.30 pagi

masa berlepas: 11 pagi

apa2 perubahan akan diberitahu kelak...

-noor-

teruja nak bukak blog ni...




al fatihah tuk arwah tok ani ngan tokwan saidin...


salam...firstly thanx tuk pakcik din sbb create this blog tuk family kita...memang sangat appreciate..

macam yang pakcik din cakap...insyaAllah makteh pakteh akan berangkat ke tanah suci pada 2hb 11 ni...jadi sesape yang nak follw,jomla:) sama2 kite dapat keberkatan...


kat sini nor ada upload gambar kawin aritu.... ada banyak lagi, bleh tgk nanti..terima kasih tuk family maklong paklong johari, family abg hamzah,kak ina,kak liza,abg ali,kak yang,abg rozi, paklang, abg adi,kak ita, kakak & abg ngah, kak chik& abg chik, shikin,mirul, pakdak makdak sekeluarga, maksu & paksu sekeluarga, ngan pakcik makcik sekeluarga...ada ramai lagi yang tak tersebut kat sini...tapi terima kasih banyak2 sbb datang kenduri...

tak terucap kata2 terima kasih pada mak abah yang paling banyak membantu..salam kasih sayang...

Thursday, October 16, 2008

Maklumat Terkini....


InsyaAllah, Pak Tih Ki dan Mak Tih Nah akan pergi menunaikan haji buat kali kedua di Makkah Al-Mukarramah pada musim haji yang akan datang ini.


Jadual penerbangan mereka adalah seperti berikut:

Tarikh berangkat: 2hb November 2008

Tarikh kembali : 18hb Disember 2008

Masa : akan dimaklumkan

Lapangan terbang: Bayan Lepas, Pulau Pinang


Sesiapa yang ada kelapangan marilah bersama-sama menghantar mereka berdua ke Bayan Lepas nanti... mudah-mudahan beroleh keberkatan....

Sama-samalah kita berdoa agar mereka berdua sentiasa selamat dan dipermudahkan segala urusan serta dianugerahkan Haji Mabrur, InsyaAllah.

Friday, October 10, 2008


Thursday, October 9, 2008

Assalamualaikum,

Ahlan wasahlan! Selamat mengunjungi Blog "Yohanib & Saidin" ini yang direka khusus untuk ahli keluarga Haji Saidin dan Hajjah Yohanib.

Semoga dengan terhasilnya blog ini maka dapatlah kita mengikuti perkembangan semasa setiap ahli keluarga kita agar jalinan silaturrahim bertambah erat.

Anda dijemput untuk menghantar berita, maklumat, gambar dan komen yang berkaitan dengan keluarga kita ini untuk tatapan kita bersama.