Wednesday, December 31, 2008

tahniah....

salam....nampak macam blog ni dah lama takdak update...sunyi je...tak best la camni...

neway...di kesempatan yang ada ni nak wish salam awal muharram kepada semua...

tak lupa nak ucapkan tahniah pada anak cikdin,mizan sebab score 9A dalam PMR dia...bangga cek...sebb dapat arab A tu...kak nomizah dulu 8 subjek ja... tuk amirul pun...congrats...bleh cuba lagi

Tuesday, December 16, 2008

lanjutan dari post cikdin

salam...

tentatif program macam yang pakcik cakap tu...
yang ikut g amik stakat ni insyaAllah nor ngan ji,wan ngan adik2,plus long yah ngan family cikdin akan g amik abah n mak kat airport...
paksu n family lak akan stay kat umah untuk tolong masak...
kemungkinan kami akan bertolak awal2 pagi...takut jem...tapi tu nanti discuss ngan pakcik dulu la camner...

yang len...kalau nak tggu kat umah pun bleh....

ni berita pukul 11 pagi tadi: abah mak baru lepas call td...alhamdulillah sihat cuma batuk2 skit...dah confirm insyaAllah penerbangan maintain hari dan waktu yang sama...

itu saje dari nomizah

Ahlan Wasahlan Pak Tih & Mak Tih

InsyaAllah Haji Pak Tih & Hajjah Mak Tih akan kembali dari menunaikan haji seperti berikut:

Tarikh : 18 Disember 2008
Hari : Khamis
Masa : 6.45 pagi
Tempat : Lapangan Terbang Bayan Lepas

Sama-samalah kita berdoa agar mereka selamat tiba ke kampung halaman seperti dijadualkan.

InsyaAllah, CikDin akan pergi jemput PakTih di Penang... Nomizah, macamana program hari tersebut... tolong advise sikit.

Friday, December 5, 2008

Selamat Hari Raya 'Aidil Adha

Selamat Hari Raya 'Aidil Adha 1429H untuk semua ahli keluarga Yohanib & Saidin.

Dan..

1. Selamat berpuasa sunat pada Hari 'Arafah yang jatuh pada hari Ahad, 9 Zulhijjah 1429H (bersamaan 7 Disember 2008)
2. Perbanyakkan istighfar, berdoa dan berzikir (doa apa-apa sahaja dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh) bermula dari waktu Zohor hingga Asar pada Hari 'Arafah - antara waktu yang paling mustajab doa. (Malaikat akan turun dan mengamin serta mengangkat doa orang mukmin dan Allah akan makbulkan doa-doa tersebut... lagi mustajab kalau kita berdoa di kawasan terbuka di Padang Arafah itu sendiri, insyaAllah)
2. Selamat melaksanakan ibadah Qurban
3. Perbanyakkan bertakbir pada Hari Raya dan Hari-hari Tasyrik

Ya Allah... ampunkanlah segala dosa kami dan dosa kedua ibu-bapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sejak dari kecil lagi.... Amin Ya Rabbal 'Alamin!

Wednesday, December 3, 2008

Sapa Anakcucu yg IQ tinggi?

.1.Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
~Penguin


2.Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
~PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.

3.Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
~STOKIN BASAH

4.Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
~Telur

5.Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
~Kuih Donut

6.Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
~

7.Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
~

8.Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?JLN GOSTAN
~

9.Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
~TANYA ADI

10.Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?
~Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat

11.Kenapa mayat dibungkus kain putih?
~

12.Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?
~Ayam jadi banyaklah bilangannya.

13.Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?
~

14.Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
~.

15.Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
~

16.Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?
~Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan

17.Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?
~Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.

18.Apakah yang berada diantara langit dan bumi.
~Dan

19.Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?
~

20.Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa
~
Buang tebiat nak mati kuttt...

Tuesday, December 2, 2008

PETUA TAHAN LAMA

KELAPA PARUTUntuk lebih tahan lama selama 2 tahun.Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.Gunakan sebelah pada 31 December 2008. Dan sebelah lagipada 1 January 2009. Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUKBiar tahan lebih lama,Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMASKalau untuk lebih 'tahan lama',Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...

PAKAIAN.Nak tahan lamaJangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach.Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.Jangan bawa mandi kat beach.Gantung bila disimpan.Cuci guna air jeram/hujan.Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.Kalau nak tahan lagi lama

PINJAMLAH BAJU MEMBER...BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETANak tahan lama.Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk.jangan bagi abuk masuk.. jangan bagi wap air masuk.bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANGKalau nak tahan lama,Sebelum makan - baca bismillallah dan doaAkhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..

UMURUmur nak tahan lama?Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah danjangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapibazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).

ROKOKRokok nak tahan lama?Jangan hisapplah... ...!!!!, letak atas meja dan pandang saja.P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang....sendiri mau ingathahaaa....

TIDURNak tahan lama tak tidur malamRajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGANBertahan lama dalam persahabatan/ hubungan,Jujur dan ikhlas je!!!!

Last word:SELAMAT BERTAHAN LAMA............... ....sentiasa terbuka dan rasional.


(bukan mustang yg post tau..tak percaya kee)