Friday, May 22, 2009

Jom istighfar


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:


"Barangsiapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya,


Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan,


akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu


serta mendapat jalan penyelesaian daripada sebarang kerunsingan."

Wednesday, May 13, 2009

Assalamualaikum,

Dah lama Pakcik Din tak masuk blog kita ni... Kita kena aktifkan balik ni....

Just nak inform nama anak Cik Din ialah NUR NABIHAH... InsyaAllah next week Cik Din akan post kan gambar2 Nabihah untuk tatapan sepupu2 senior dia...

Wednesday, April 29, 2009

YOB...MENANG!!




Anak-anak kita..cam lagu m.nasir lak...

SEORANG Muslim sewajarnya menjadikan kampung akhirat sebagai matlamat utama. Jangan kita hanya meletakkan dunia dan gemerlapannya di lubuk hati.

Dunia hanya sebagai batu loncatan untuk mencapai nikmat syurga yang abadi. Justeru, janganlah kita hanya duduk bersantai menanti waktu berlalu apalagi ditipu ilusi dunia.

Firman Allah yang bermaksud: Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan keampunan dari Allah serta keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (al-Hadid: 20)


Ibnu Kathir berkata, Allah membuat misalan di dunia sebagai keindahan yang fana dan nikmat yang akan sirna, iaitu seperti tanaman yang disiram hujan selepas kemarau panjang sehingga tumbuhlah tanaman yang menakjubkan petani, seperti takjubnya orang kafir terhadap dunia. Namun tidak lama kemudian tanaman-tanaman tersebut menguning dan akhirnya kering dan hancur.

Perbandingan ini mengisyaratkan bahawa dunia akan hancur dan digantikan oleh akhirat. Lalu Allah mengingatkan tentangnya dan menganjurkan kita berbuat baik.
Sesungguhnya pendidikan anak-anak termasuk salah satu daripada unsur keluarga. Pendidikan dapat menyelamatkan diri kita di dunia dan akhirat. Anak-anak bagi ibu bapa adalah penyeri rumah tangga yang amat menyenangkan.

Selain itu, anak adalah amanah Allah kepada ibu bapa. Sebab itu, mereka tidak boleh disia-siakan. Anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Wajib bagi orang tua menentukan supaya mereka tidak menyimpang daripada jalan lurus di dalam Islam. Selain itu, anak yang soleh menjadi pelaburan kepada para ibu bapa.
Tuntutan ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: Hai orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah dari manusia dan batu...(at-Tahrim: 6)

Oleh yang demikian, hendaknya para ibu bapa jangan mensia-siakan umur muda anak-anak mereka. Sebaliknya, berusaha ke arah menjadikan mereka hamba Allah yang taat. Bak kata pepatah, 'melentur buluh biar dari rebungnya'.
Pengawasan
Jangan biarkan anak-anak tanpa pengawasan terhadap bacaan yang mereka gemar, apa saya yang suka mereka saksikan dan aktiviti yang mereka sertai. Kelalaian dalam hal ini bererti mensia-siakan amanah Allah.

Ingatlah akibat yang akan menimpa kita dan keluarga jika mensia-siakan agama. Nerakalah balasan bagi orang yang lalai menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa. Ini mungkin menimpa anak kita yang malang.

Balasan seksa neraka Allah dinyatakan menerusi firman-Nya yang bermaksud: Setiap kali kulit mereka hangus, kami ganti kulit mereka dengan yang lain supaya mereka merasakan azabnya. (an-Nisa': 56)

Azab neraka yang paling ringan pun amat menyakitkan. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Penduduk negara yang paling azabnya ialah Abu Talib. Dia memakai dua terompah dari api neraka (yang akibatnya) otak mendidih kerananya. (riwayat muttafaqun alaih)
Menyedari hakikat ini, berikanlah perhatian terhadap tarbiyatul aulad iaitu proses pendidikan anak kita. Al-Quran telah mengulas hal ini menerusi kisah Luqman yang menasihati anaknya. Ia boleh kita teliti dalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman.

Dalam surah tersebut, Luqman mula mengajar anaknya dengan menanam kalimat tauhid yang hakikatnya memurnikan ibadat hanya untuk Allah SWT sahaja. Ini dilanjutkan dengan kewajipan berbakti dan taat kepada ibu bapa selama mana ia tidak menyalahi syariat.
Wasiat berikutnya adalah berkaitan penyemaian keyakinan tentang hari pembalasan, kewajipan menegakkan solat. Seterusnya, amar makruf nahi munkar yang berperanan sebagai faktor penting untuk memperbaiki umat.

Luqman juga menyentuh tentang sikap sabar dalam pelaksanannya dan mengalih perhatian kepada adab-adab seharian yang tinggi. Antaranya, larangan memalingkan muka ketika berkomunikasi dengan orang lain kerana ia mencerminkan sikap takbur.
Beliau turut melarang anaknya berjalan dengan bongkak dan sewenang-wenangnya di muka bumi. Sebabnya, Allah tidak menyukai orang yang sombong.

Sebaliknya, anaknya diajar berjalan dengan sedang- tidak terlalu lambat atau terlalu cepat. Nasihat Luqman yang terakhir pula berkait erat dengan perintah merendahkan suara dan tidak berlebih-lebihan dalam berbicara.

Kisah di atas dapat dijadikan tauladan kepada semua pemimpin keluarga. Sesungguhnya keperluan seorang anak terdapat ilmu dan pengetahuan adalah lebih mustahak berbanding yang lain.

Jangan pula ibu bapa hanya sekadar mencurahkan kemewahan fizikal semata-mata tanpa diseimbangkan dengan keperluan ukhrawi. Ini bagi menentukan anak-anak menjadi orang yang berguna dan berjaya di dunia dan akhirat.

'CONGRAT TO PAKCIK DEEN FOR NEW COMER..BOH NAMA APA??NIZAR KEE...HEHEEEE

Wednesday, March 18, 2009

VVIP menu di kenduri abewan 7.3.09

Alhamdulillah..rezeki jgn ditolak...berbaloi mai jauh2 noooo....


pengantin agak baru suap pengantin agak lama....

Sunday, March 8, 2009

Tok Di Jordan 2001

Di Laut Mati - Tempat dimana kaum Nabi Luth ditenggelamkan.

di Asyabulkahfi - 3 pemuda tidur 309 tahun di dalam gua

ketika di Makkah

tok bersama dengan mak teh

ketika di masjid Jaaranah, makkah - migat umrah

Thursday, February 19, 2009

jom makan kenduri lagi....

salam...

dah lama rasanya blog ni senyap sunyi...sejak plan nak g ganu tak jadi ni...semua macam takdak idea nak blogging...

tapi takpela...just nak wat announcement kat sini...saya wakil family pakteh makteh nak jemput sumala anak menakan, pak sedara mak sedara, sepupu semua mai kenduri kawin wan a.k.a wan mawi...

kenduri site pompuan kat mergong, kedah:
--> 6 hb march 2009 : akad nikah belah malam
7 hb march 2009 : kenduri kawin

kenduri site lelaki kat kg boyan, taiping:
--> 14 March 2009

maila jgn tak mai..time camni jela pun nak kumpul adik-beradik...


salam....noor hamizah sabki

Tuesday, February 3, 2009

Puteri Gunung Mergong

Salam....amboi kome...dengo kaboo..berduyun2 gi meminang sang puteri sampai kena tunggu bawah pokok mempelam di tepi bendang yang menghijau ....

takan sengap sunyi kooott...paling koman..tunjuk2 ler gambo cincin bertahta berlian tuu..heheeee.

buat abewan...tahniah leer...amacam dah hafal doa2 nak jadi pengantin tak?

-radio buruk..

Tuesday, January 13, 2009

Sleeping beauty part 1






Sempena tahun baru..elok2 le kasi baru benda2 yg lama..takpun nampak cam baru..takpun nampak cam lain dari tahun lepas.hehee..teruk punya intro…tade apa,tgh mengupdate gambo2 dlm folder..jadi sesape yg tade idea nak kemas bilik tido ke ada nak masuk gerbang pelamin..bole le tgk..bole le tukau TOTO ke Narita ke takpun sarung bantai peten bunga raya tuu….

Nanti,katil dah lawa..jgn keja tidoq je pulak…

“Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya(tidur sedikit kerana mergerjakan solat tahajud & amal soleh)sedangkan mereka berdoa kepada TuhanNya dengan rasa takut(kepada kemurkaan Nya) dan mengharap (keredhaanNya),mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”As-Sajdah ayat 16.

Wednesday, January 7, 2009

Salam 10 Muharram 1430H

Selamat menyambut tahun baru hijrah walaupun dah 10 hari berlalu... Hari asyura ni disunatkan berpuasa....

Haa.. baguih la mrj idupkan balik blog yang dah nak pengsan ni... CikDin baru je lepas cuti panjang, hari ni baru bukak balik blog ni...

Trip bulan 3 ni rasanya mungkin kena tunda sebab akan ada satu majlis gempaq ala-ala sure heboh yang akan berlangsung dalam bulan 3 nanti bertempat di aloq setaq dan tepen... Pihak penganjur akan mengumumkan maklumat secara terperinci tak lama lagi kot. Kehadiran akan diwajibkan... sapa tak mai akan di denda bertenggek di atas kepala tangga berwarna hijau di batu 9...

Tuesday, January 6, 2009

Trip Bulan 3

salam..

ada berita terkini pasai TRIP tak?

ikutkan kalendar cuti sekolah 14- 22 Mac 09 dan ada cuti Maulidur rasul pada 9.3.09.

Masa raya aji tu,ada le buka cerita pasai trip..cam susah nak buat bas trip ni...masing2 mudah naik kereta masing2.Tambah2 kos boleh tahan senak peyot nanti.tempat nak pi..kalu kelate tu makan 3hari rasanya.

tempat mudah gi Pulau Pangkor atau langkawi..apamacam?kalau langkawi..bole mandi laut dagn shopping gak.Aloq Setaq mai dah boleh book chalet awai2 sikit..apamacam?

-mrj

p/s-aloq setaq mai..hang book chalet mengadap laut tau..bukan yang bawah kolong rumah tuuu...

Makan hangin ke KB & KT


Gambar lawak ni diambil kat Muzium terengganu..perhati betui2..penyu tgh kentut dalam air..busshh bushhhhh.

-mrj

Ngayer Aji 1429.







-mrj
(baru baik demam ni dan baru balik makan hangin dan perabis cuti perabis duit..heheee)

Versi baru-Lemang Terbang...




Gambar Ngayer aji tahun lepas.

Utk raya cina,booking utk lemang terbang masih dibuka..minimum oder 50batang.

3 bujang lepOOk belakang zink tu..masa tu tgh lapaq abis..pasai baru kena sapu sampah!

-mrj

'hilup susah..mati pun susah"



pemberita-selamat tahun baru mat fizie.

mat fizie-ni ucap2 selamat ni...mesti nak minta duit ni.

pemberita-eeh..ada lak gitu..ni saya nak interview mat fizie ni.

mat fizie- fuuh glamer jugak aku..hidung2 kembang camni pun famous.nak interview apa?cara2 up tayar motor depan ke kaaa teknik2 halau ayam dari dalam kawasan sekolah?

pemberita-bukan..nahee..nahee..nie tgh konpius ..yang mat fizie mencangkung cam apek dlm madu 3 tu apa pasal?

mat fizie-ada kaaa hang kata lagu tuu....nie cita2 nak jadi angkasawan laaa..jadi sebagai permulaan kena ler praktis cam mana nak idup kat angkasa tu..

pemberita-tak paham aku...ni praktis apa cangkung dgn baju melayu?

mat fizie-ni le teknik melawan graviti wahahahaaaa..wakenabeb!!!

-mrj